Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Eboard yg baru. Harapan supaya saudara saudari dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Kepada president yang baru tetapkan matlamat dan strategi untuk menjayakan lagi persatuan ini. Aku percaya ahli-ahli dibawah bersedia untuk berkhidmat dan bekerjasama bagi menjayakan lagi MASA di Stevens ini. Maka janganlah sesekali lupa tentang amanah dan ahli-ahli yang menyokong dibawah ini.
Sebenarnya aku mempunyai beberapa kritik dan idea yang ingin dibincangkan untuk MASA . Semoga kritik dan idea-idea yang diberikan dapat membantu menaikkan lagi nama MASA di Stevens. Insyallah. Dibawah ini adalah idea dan huraiannya:
- Pemilihan calon
- Aku sebenarnya amat terkejut dengan cara pemilihan dan perlantikan untuk kepimpinan baru MASA ini. Antara sebab-sebabnya, aku beranggapan pemilihan ini adalah tidak demokratik dan kurang sensitif tentang perlantikan kepimpinan yang baru. Kepimpinan adalah sesuatu yang kritikal untuk memajukan sesuatu organisasi. Oleh sebab itu, kepimpinan haruslah dipilih melalui undi majoriti ahli, kerelaan dan kelayakkan seseorang untuk memimpin. Apa yang mengejutkan aku pemilihan boleh dikatakan dibuat secara terburu-buru tanpa proses yang sepatutnya dalam memilih satu kepimpinan yang baru.
- Maka aku berharap dimasa hadapan kepimpinan yang baru akan dipilih lebih demokratik dan bedasarkan suara majoriti, kerelaan dan kelayakkan seseorang. Bila lagi kita nak belajar selok belok demokrasi dan prosedur pilihanraya di negara kita jika bukan di sini. adalah lebih baik kepimpinan yang baru dipilih melalui proses seperti pilihanraya umum. Maksudnya sesiapa yang ingin memimpin haruslah menamakan percalonannya sendiri dengan memberikan maklumat tentang beberapa kreteria yang penting untuk memilih pemimpin seperti, kelayakan,pengalaman,visi&misi, sebab ingin bertanding dll di dalam boring dan diberi kepada kepimpinan sedia ada, ataupun jika permintaan ramai dibolehkan wakil untuk menamakan calon untuk bertanding.
- Kemudian kepimpinan yang sedia ada akan memilih calon yang layak untuk dipilih dan disingkatkan penamaannya bagi proses seterusnya. Pengundian dilakukan oleh ahli-ahli setelah memberikan manifesto. Jika terlalu ramai calon yang ingin bertanding dan mereka layak maka adalah tanggungjawab kepimpinan yang lama untuk menapis calon, ataupun boleh dilakukan tapisan oleh ahli-ahli sebelum proses yang terakhir: manisfesto dan pembuangan undi.
- Rasionalnya aku membangkitkan hal ini kerana dengan cara ini kita dapat memilih calon yang lebih layak dan berkeinginan untuk berkhidmat sebagai pemimpin untuk kepentingan MASA dan ahli-ahli. Selain itu dapat memberikan peluang kepada calon yang tidak rela untuk menarik diri dan memberi peluang kepada ahli-ahli yang mungkin tidak tersenarai untuk menamakan diri bagi memberikan manifesto dan meraih undi. tambahan pula inilah masa kita untuk belajar selok-belok demokrasi, pilihanraya umum, kepimpinan dan pembuangan undi yang seebetulnya oleh sebab kebanyakkan ahli adalah dalam 20-an.
2. Manual
- Manual adalah amat penting untuk sesebuah organisasi yang berstruktur untuk memudahkan proses kepimpinan. Apa yang kita dapat lihat sekarang, kebanyakkan perkara memerlukan manual hatta untuk memasang lego. Maka apatah lagi untuk menjadikan sesuatu organisasi cemerlang,gemilang dan terbilang. Idea ini wujud apabila, Nurul Adibah membangkitkan tentang program director (PD) yang dilantik untuk mengadakan sesuatu program untuk MASA kadang-kadang hanya melepaskan batuk di tangga bagi menganjurkan sesebuah program.
- Salah satu sebab yang aku rasa PD-PD baru ini berkelakuan sebegitu ataupun tidak menganjurkan sesebuah program dengan jayanya adalah sebab tidak mengetahui selok belok untuk menganjurkan sesuatu program. Sebagai contoh cara-cara untuk menempah tempat, membuat kertas kerja bagi mendapatkan sponsor dll.
- Maka dengan adanya manual ini ianya dapat membantu menerangakan cara-cara penganjuran sesuatu program ini maka dapat memudahkan proses penganjuran tersebut. Maka mungkin hasilnya lebih berjaya berbanding PD yang berusaha mencari makluamat tentang prosuder dan informasi bagi menganjurkan program dan tidak mengatahui procedure yang sepatutnya, dengan PD yang mempunyai manual untuk membantunya mengadakan program yang telah dipertanggungjawabkan.
- Rasionalnya, dapat membantu menjimatkan masa dan membantu PD untuk memahami proses dan keperluan bagi mengadakan sesuatu program. Maka dengan itu dapat membantu PD fokus kepada faktor-faktor untuk menjayakan lagi program yang dianjurkan. Selain itu, kepimpinan dan PD yang baru tidak perlu melakukan proses pencarian maklumat dan melakukan kesalahan berulang kali setiap kali perlantikan baru dibuat. Maknanya Maklumat yang diperlukan telah disampaikan dengan manual daripada orang yang berpengalaman memimpin kepada kepimpinan baru
- Manual mungkin boleh dibuat sedikit demi sedikit dan diusahakan bersama bagi memudahkan generasi kepimpinan yang seterusnya.
3. Meeting
- Seperti yang kita ketahui, salah satu sebab sesetengah ahli-ahli membuat hal lain di dalam mesyuarat adalah kerana tempat yang tidak sesuai. Hal ini saudara suudari telah dengar ianya dibangkitkan pada meeting yang lepas.
- Maka penyelesaiannya mungkin kita boleh menggunakan kelas-kelas yang tidak digunakan di barbio center,buchard or mana-mana bilik yang mungkin mempunyai kekosongan dan sesuai untuk mengadakan meeting. sebolehnya meeting janganlah dibuat ditempat awam yang terbuka seperti howe center.
- Rasionalnya, meeting ditempat awam bukan sahaja menganggu proses dan tumpuan mesyuarat itu tetapi turut menganggu orang awam.
4. Inventory
- seperti yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas kita mempunyai masalah berkaitan dengan peralatan-peralatan MASA yang bertaburan tanpa rekod. Mungkin ketiadaan stor untuk menyimpan peralatan-peralatan ini adalah salah satu punca. Namun ianya tidak dapat dielakkan kerana kita tiada mempunyai ruang dan kemampuan untuk mewujudkan stor untuk peralatan-peralatan MASA
- Namun salah satu jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan melantik seseorang yang dipertanggungjawabkan bagi menjaga, menyimpan rekod, mengagihkan barang kepada ahli untuk disimpan dan lain-lain yang berkenaan dengan peralatan MASA. Sudah tiba masanya MASA melantik satu jawatan baru untuk menjaga peralatan MASA supaya mudah kita mendapatkan maklumat tentang peralatan tersebut sebelum dan selepas aktiviti. Maka saya mencadangkan mewujudkan QuaterMaster (QM) bagi menjalankan amanah ini.
- Rasionalnya, kita dapat menyimpan rekod barang-barang yang wujud di dalam inventory dan dimana ianya disimpan. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan pembelian barang yang berlapis-lapis. selain itu kita dapat mengetahui status barang mana yang tiada dan ada yang penting untuk sesuatu program yang akan diadakan. Proses pencarian menjadi mudah dan senang jika kita mempunyai sesorang yang mengetahui segala maklumat yang berkaitan dengan inventory.
5. kewangan
- Seperti yang kita ketahui, kewangan adalah satu faktor yang kritikal dan sensitif bagi sesebuah organisasi seperti MASA. Mati hidup MASA boleh dikatakan bergantung dengan pengurusan kewangan yang baik.
- Maka aku amatlah tidak bersetuju apabila laporan kewangan MASA dirahsiakan daripada ahli-ahli biasa. Oleh kerana kritikalnya kewangan MASA maka berhaklah setiap ahli mengetahui status kewangan MASA.
- Rasionalnya, bukan sahaja bagi ketelusan kepimpinan tetapi bagi memberikan informasi kepada ahli-ahli tentang perbelanjaan yang telah digunakan dan baki yang masih wujud untuk penganjuran program yang seterusnya. Hal ini dapat membantu ahli-ahli memahami pengurusan MASA dan juga mengelakkan pembaziran. Selain itu, MASA adalah persatuan yang dikongsi kepentingan bersama ahli-ahli yang lain maka perlulah ahli-ahli mengetahui status kewangan MASA.
- Mungkin bendahari dapat mengupdate status kewangan di laman web rasmi MASA dan ianya hanya dapat diekses oleh ahli-ahli sahaja yang berdaftar.
Hal-hal diatas adalah yang berkaitan dan timbul di dalam pemilihan kepimpinan minggu lepas. Diharap segala buah fikiran dapat dianalisa dengan sebaiknya oleh mereka yang berkuasa. Mana yang dirasakan baik untuk memajukan dan meningkatkan nama MASA harap dapat dilaksanakan. Mana yang buruk diperbetulkan,mana yang elok dikekalkan dan ditingkatkan. Semoga MASA menjadi satu organisasi yang dapat cemerlang dan dapat memberikan manfaat yang baik kepada ahli-ahli.
p/s: mendengar dan memberi nasihat/teguran/idea adalah salah satu cara meningkatkan kualiti dan prestasi seseorang atau organisasi.